RM8,000 Lesap Kurang Seminit


Seorang individu mendakwa simpanan dirinya dan keluarga dalam akaun Tabung Haji berjumlah RM8,000 lesap tidak sampai satu minit selepas menerima panggilan tidak dikenali.

Menurut Mohamad Farid di Facebooknya, dia memuat naik dua keping gambar memaparkan penyata rasmi yang dicetak di Tabung Haji cawangan Baling, Kedah.

Simpanan yang lesap itu membabitkan dua transaksi yang berbeza iaitu pertama RM3,000 manakala kedua bernilai RM5,000 menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM8,000.

Menurut lelaki itu, sebelum kejadian dia menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali sebanyak lapan kali.

“Satu panggilan satu transaksi. Hanya telefon, bagi salam lepas tu putus dia telefon semula bagi salam. Lepas itu putus dua kali, angkat dua kali transaksi. Begitu sahaja ambil duit."

“Scammer ni ada juga WhatsApp lepas telefon katanya silap pindah duit ke akaun. Tapi masa tu saya dah ‘block’ akaun dah. Nombor scammer tu je terakhir ‘block’ lepas buat laporan."

“Terbang simpanan aku dengan anak-anak. Bukannya sikit. RM8,000 tidak sampai satu minit,” ujarnya .

Ujarnya lagi, pihak Tabung Haji daerahnya telah menghubungi pihaknya memaklumkan akan berjumpa dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah ini.

Di fahamkan ramai mangsa juga turut berdepan dengan masalah yang sama apabila duit simpanan di dalam akaun Tabung Haji lesap setelah menerima panggilan tidak dikenali.

“Saya pun kena, sehari sebelum raya. Semalam ‘log in’ nak semak baki akaun anak dalam Tabung Haji, sekali tengok baki tinggal ringgit-ringgit je. Punca hanya WhatsApp. Walaupun saya tak layan, tetap duit hilang. Transaksi tu debit Qurban THjari,” kata Siti Zubaidah.

“Saya pun kena juga, lesap RM4,000. Duit anak-anak tiba-tiba lesap dari akaun. Bila semak tengok masuk dalam akaun saya. Tabung Haji kata scammer punya kerja. Sebaik saya perasan awal. Saya pun dapat panggilan dan WhatsApp nombor tak dikenali. Lepas tu terus duit lesap,” kata Hamidah Yusuf.
 

0/komen