Sewa Kren Angkat Menantu Baru Bersalin


Seorang wanita sanggup menyewa kren untuk mengangkat menantunya yang baru bersalin pulang ke rumah mereka di Shenyang, wilayah Liaoning.

Wanita, bernama Wang itu bimbang menantunya akan menghadapi masalah untuk menaiki tangga sehingga aras tujuh selepas bersalin secara pembedahan.

Justeru, dia menghubungi syarikat kren supaya mereka dapat menggunakan jentera itu. 

Seorang pekerja kren dilihat mengiringi seorang wanita muda menaiki pelantar sebelum peralatan itu mengangkat mereka berdua ke balkoni sebuah rumah.

Menurut Wang, dia menganggap menantunya seperti anaknya sendiri dan sangat gembira kerana mempunyai cucu.

“Saya ingin menggembirakan menantu saya dan membantunya supaya dia kekal sihat. Saya bercadang untuk memanjakannya sebanyak yang boleh,” jelasnya.

Sementara itu, pemilik syarikat perkhidmatan kren itu berkata, ia adalah panggilan pertama seumpamanya yang diterima sepanjang 15 tahun terlibat dalam perniagaan tersebut.

“Kren kami boleh mencapai ketinggian 30 meter dan boleh menanggung berat beratus-ratus kilogram. Tiada masalah keselamatan,” katanya. 
 

0/komen