Tembak Rakan Kerana Makan Burger Teman Wanita


Seorang lelaki mati ditembak selepas makan burger milik teman wanita rakannya di Karachi, Pakistan.

Mangsa dikenali sebagai Ali Keerio.Suspek, Daniyal, merupakan anak kepada seorang Superintendan Kanan Polis, manakala Ali ialah anak seorang Hakim Seksyen.

Menurut laporan, suspek menjemput teman wanitanya, Shazia, ke rumah pada hari kejadian.

Dia kemudian memesan dua biji burger untuk dirinya dan Shazia. Namun, mangsa memakan separuh daripada makanan tersebut sehingga menimbulkan kemarahan suspek. 

Suspek mengambil sepucuk senapang lalu menembak mangsa sehingga lelaki itu cedera parah dan meninggal dunia sewaktu dibawa ke hospital. 

Suspek kini dalam tahanan polis sebelum dibicarakan. 
 

0/komen