Wanita Rakam Tiga Cahaya Misteri


Seorang wanita merakam detik kemunculan tiga cahaya misteri di langit Mersey, Britain ketika menikmati pemandangan matahari terbenam di Pantai Leasowe.

Charlotte, 32, bersama rakannya leka menikmati pemandangan matahari terbenam sebelum tersedar apabila melihat cahaya tersebut di kaki langit. Mereka kemudian merakam kejadian aneh itu.

Rakaman yang dikongsikan menunjukkan tiga lampu misteri itu berlegar-legar di langit dalam formasi segi tiga.

”Saya tidak takut apabila melihatnya, malah terkejut. Kami sedang berbual bersama, tiba-tiba kami terlihat lampu-lampu ini. Ia agak cantik untuk dilihat,” katanya

Charlotte mendakwa bahawa dia pernah melihat kejadian seumpama itu sebelum ini, termasuk cahaya lampu misteri di belakang rumahnya. 

Daerah Merseyside dianggap sebagai lokasi utama objek terbang tidak dikenali (UFO), dengan sesetengah pihak mencadangkan mungkin terdapat ‘Segitiga Bermuda UFO’ di rantau itu.
 

0/komen