Budak Panjat Menara Elektrik


Tular di media sosial perbuatan seorang budak  lelaki memanjat menara elektrik bervoltan tinggi di Desa Topoyo, wilayah Sulawesi Barat.

Lebih mengejutkan, perbuatan itu bukan  kali pertama dilakukan oleh kanak-kanak berusia lima tahun tersebut. 

Pegawai tempatan, Iptu Fredy berkata, budak itu telah  memanjat menara elektrik di tempatnya sebanyak tiga kali kerana terlepas daripada pengawasan ibu bapanya. 

“Pihak kami akan membawa kanak-kanak lelaki itu untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan,” kata Fredy. 

Rata-rata, netizen menyalahkan ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki terbabit kerana cuai.  

Kedua-dua orang tuanya layak dimarahi kerana tidak menjaga anaknya.

0/komen