Bulu Berharga RM133,989


Sehelai bulu burung Huia yang pupus dijual pada harga AS$28,417 (RM133,989), menjadikannya bulu paling mahal di dunia.

Rumah Lelongan Webb di New Zealand berkata, bulu itu dijual melebihi harga anggaran berjumlah AS$1,800 (RM8,487).

Jualan itu mengatasi rekod sebelumnya iaitu sehelai bulu yang dijual pada harga AS$5,150 (RM24,301.56) dalam tahun 2010.

Burung huia dianggap suci oleh orang Māori dan bulunya digunakan sebagai perhiasan kepala.

Kali terakhir spesies itu dilihat adalah pada 1907, namun beberapa penampakan yang tidak dapat disahkan kesahihannya,  dilaporkan dalam tempoh 30 tahun berikutnya.

“Kami sangat berbesar hati kerana bulu unik ini telah mendapat bidaan yang sangat tinggi,” kata ketua Seni Hiasan Rumah Lelongan  Webb, Leah Morris.

Morris berkata bulu yang memecahkan rekod dunia berada ‘dalam keadaan sempurna’
 

0/komen