DJI Avata 2 Diumumkan


DJI Avata 2 telah dilancarkan  dengan beberapa penambahbaikan. Kali ini DJI Avata 2 boleh terbang sehingga 23 minit berbanding hanya 18 minit pada model terdahulu.

Ia masih menggunakan konfigurasi kuad-rotor dan tubuh yang kecil berbanding dron DJI yang lain. Selain itu kamera kini hadir dengan lensa ultra sudut lebar 155 darjah yang dipadankan dengan sensor 12MP 1/1.3″, Video boleh dirakam pada tetapan sehingga 4K 60fps. Gimbal juga boleh digerakkan 5 darjah lebih besar. Storan dalaman dron pula adalah 46GB.


Sistem DJI RockSteady akan memastikan rakaman video yang diambil kelihatan stabil sementara DJI HorizonSteady pula mengunci kamera untuk sentiasa menghala ke ufuk. Pada awal kawalan DJI RC Motion 3 pula, terdapat butang pintasan untuk melakukan aksi penerbang 360 darjah, berpusing 180 darjah dan melakukan drift dengan mudah.

Kawalan FPV dilakukan menerusi DJI Goggles 3 yang dilengkapi dwi skrin OLED dengan resolusi FHD dan kadar segar semula 120Hz. Harga jualan set lengkap The DJI Avata 2 dengan DJI Goggles 3 serta alat kawalan DJI RC Motion 3 ialah $999 (~RM4762).

komen