Seekor harimau seberat 200 kilogram terpaksa menjalani diet ketat kerana terlalu gemuk selepas polis menyelamatkan haiwan itu daripada sebuah kurungan sempit di Vietnam.
Polis menemui harimau itu semasa melakukan serbuan terhadap kumpulan penyeludup haiwan.
“Selepas menangkap suspek, anggota-anggota polis memeriksa beberapa haiwan yang dikurung di dalam sangkar."
“Mereka menemui seekor harimau gemuk yang sukar untuk berdiri,” kata seorang pegawai polis.
Menurutnya, polis menghubungi pusat perlindungan haiwan tempatan selepas menyedari haiwan itu memerlukan bantuan pakar.
Pegawai-pegawai santuari terkejut apabila mengetahui berat harimau tersebut. Ini kerana spesies harimau biasanya mempunyai berat antara 63.5 kilogram hingga 165.1 kilogram.
“Pemerdagangan harimau akan berterusan kerana didorong oleh permintaan untuk tulang, daging dan organ binatang buas itu,” kata jurucakap pusat perlindungan tersebut.
Catat Ulasan