Firman Allah SWT:
ٱلشَّيۡطَٰنُ يَعِدُكُمُ ٱلۡفَقۡرَ وَيَأۡمُرُكُم بِٱلۡفَحۡشَآءِۖ وَٱللَّهُ يَعِدُكُم مَّغۡفِرَةٗ مِّنۡهُ وَفَضۡلٗاۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٞ
Maksudnya: Syaitan itu menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil), sedangkan Allah menjanjikan kamu keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas rahmatNya, lagi Maha Mengetahui.
Surah Al-Baqarah: Ayat 268
- "Saya nak infaq tapi bimbang saya jatuh miskin”, itulah hasutan syaitan buat mereka yang hendak berinfaq. Mereka akan takuti kita dengan kefakiran dan suruh kita jadi kedekut. Termakan hasutan ini, bererti kita termakan hasutan syaitan. Tanpa kita nafikan jua perancangan kewangan sangat penting.
- Janji yang dibuat oleh syaitan ini adalah janji yang dusta, digambarkan pada masa depan.
- Kemudian pada ayat yang sama, Allah menyatakan bahawa janji Allah yang pasti dan benar.
- Jangan tertipu dengan syaitan, bahkan percayalah janji Allah. Kerana Allah Maha Luas pemberianNya.
Catat Ulasan