Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Belanda memerintahkan Israel supaya menghentikan serangannya ke atas Rafah.
Ia merupakan keputusan penting kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza selepas pengganas zionis menyerang wilayah itu sejak 7 Oktober tahun lalu.
Keputusan itu dicapai dengan keputusan 13 undi menyokong manakala 2 lagi menentang.
Mahkamah berkata ,Israel mesti segera menghentikan serangan ketenteraannya di Rafah, tempat perlindungan terakhir di selatan Gaza untuk kira-kira sejuta orang yang kehilangan tempat tinggal.
Ia adalah perintah paling drastik mahkamah setakat ini dalam kes pembunuhan beramai-ramai yang dibawa oleh Afrika Selatan dan pasti akan meningkatkan tekanan ke atas Israel berhubung perang di Gaza.
Hamas dan Pihak Berkuasa Palestin mengalu-alukan keputusan itu.
Catat Ulasan