Jangan Ikut Sikap Buruk Yahudi


Firman Allah SWT:

مِّنَ ٱلَّذِينَ هَادُواْ يُحَرِّفُونَ ٱلۡكَلِمَ عَن مَّوَاضِعِهِۦ وَيَقُولُونَ سَمِعۡنَا وَعَصَيۡنَا وَٱسۡمَعۡ غَيۡرَ مُسۡمَعٖ وَرَٰعِنَا لَيَّۢا بِأَلۡسِنَتِهِمۡ وَطَعۡنٗا فِي ٱلدِّينِۚ وَلَوۡ أَنَّهُمۡ قَالُواْ سَمِعۡنَا وَأَطَعۡنَا وَٱسۡمَعۡ وَٱنظُرۡنَا لَكَانَ خَيۡرٗا لَّهُمۡ وَأَقۡوَمَ وَلَٰكِن لَّعَنَهُمُ ٱللَّهُ بِكُفۡرِهِمۡ فَلَا يُؤۡمِنُونَ إِلَّا قَلِيلٗا

Maksudnya: Di kalangan orang Yahudi, ada yang mengubah isi kitab (Taurat) dari tempat-tempatnya, dan mereka berkata: "Kami mendengar tetapi kami mengingkarinya." Dan mereka pula mengatakan: "Dengarlah," sedangkan (engkau Muhammad sebenarnya) tidak mendengar apa pun. Dan (mereka mengatakan) "Raa'ina" dengan memutarbelitkan lidah mereka dan mencela agama. Sekiranya mereka mengatakan: "Kami mendengar dan kami patuh dan dengarlah, dan perhatikanlah kami," tentulah itu lebih baik bagi mereka dan lebih tepat, tetapi Allah melaknat mereka kerana kekufuran mereka. Mereka tidak beriman kecuali sedikit sekali.

Surah An-Nisaa: Ayat 46

- Ayat 46 surah al-Nisaa’ menunjukkan kepada kita tentang sikap buruk yahudi iaitu :

1. Mengubah arahan Tuhan kepada mereka.

2. Dengar, tapi tak mahu taat.

3. Memperolokkan Nabi ‎ﷺ .

4. Mencela agama Nabi ‎ﷺ .

- Allah menyatakan bahawa jika mereka mendengar dan taat, itu lebih baik buat mereka. Pedoman buat kita semua, jangan ikut sikap buruk Yahudi ini. 

- Janganlah kita menjadi ‘buta’ atau ‘pekak’ dengan arahan serta tegahan dari agama apabila sudah ada al-Quran dan Sunnah untuk memandu hidup kita.


0/komen