Larangan Menganiayai Binatang


Daripada Abdullah ibn Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

عُذِّبَتِ امْرَأَةٌ في هِرَّةٍ سَجَنَتْها حتَّى ماتَتْ، فَدَخَلَتْ فيها النَّارَ، لا هي أطْعَمَتْها ولا سَقَتْها، إذْ حَبَسَتْها، ولا هي تَرَكَتْها تَأْكُلُ مِن خَشاشِ الأرْضِ

Maksudnya: " Seorang wanita diazab kerana seekor kucing yang dikurung sehingga mati. Dia dimasukkan ke dalam neraka disebabkannya. Dia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum ketika dalam kurungan. Dia juga menghalang kucing tersebut daripada memakan haiwan-haiwan kecil yang berada di tanah."

Riwayat al-Bukhari (3482)

- Islam melarang perbuatan menyakiti atau menganiaya binatang tanpa sebab yang dibenarkan. 

- Ajaran Islam sangat menekankan pentingnya menjaga binatang dengan baik dan penuh kasih sayang, serta melarang segala bentuk penganiayaan terhadap binatang. 

 

0/komen