Oppo A60 akhirnya diumumkan secara rasmi di Malaysia. Sebanyak dua pilihan variasi ditawarkan yang bermula RM699 (8/128GB) dan RM799 (8/256GB). Bagi yang berminat, ia boleh didapati sekarang melalui laman web dan pengedar sah Oppo di seluruh Malaysia bermula hari ini.
Peranti dilengkapi skrin 6.67-inci HD+ (1604 x 720) dengan kadar segar semula 90Hz. Seterusnya cip Snapdragon 680 digunakan dengan memori 8GB RAM LPDDR4 dan storan sehingga 256GB UFS 2.2 untuk tunjang utama. Diikuti juga kamera utama 50MP + 2MP (potrait) dan swafoto sebesar 8MP.
Bateri 5000mAh disertakan pula boleh dicas semula melalui port USB-C dan pengecasan pantas 45W. Turut ditawarkan ialah pengimbas cap jari sisi dan perisian terkini ColorOS 14 berasaskan Android 14 sebagai pelengkap peranti ini.
Catat Ulasan