Pengganas Zionis Pindahkan 100,000 Orang Dari Rafah


Pengganas zionis menyatakan  bahawa pihaknya sedang memindahkan kira-kira 100,000 penduduk Palestin dari timur Rafah menjelang serangan darat ke atas bandar berhampiran sempadan Mesir tersebut.

“Anggarannya sekitar 100,000 penduduk,” kata seorang jurucakap tentera kepada pemberita ketika ditanya jumlah orang yang dipindahkan.

Kira-kira 1.2 juta orang kini berlindung di Rafah, demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia dengan kebanyakan mereka melarikan diri dari tempat-tempat lain di Gaza sepanjang perang  tujuh bulan antarapengganas zionis dan kumpulan Hamas.

“Pemindahan ini sebahagian daripada rancangan kami untuk membubarkan Hamas,” tambah jurucakap sama.

Kelmarin seramai tiga askar pengganas zionis terbunuh dan 12 lagi cedera, kata pihak tentera selepas  bedilan roket dilancarkan ke arah lintasan sempadan Kerem Shalom di antara Israel dan Semenanjung Gaza.

Pengganas zionis menyatakan, berpuluh-puluh bedilan roket itu berasal dari kawasan berhampiran Rafah.
 

0/komen