Penumpang Pandu Teksi


Seorang penumpang wanita di Pattaya menjadi perhatian selepas dia berkongsi pengalaman lucu mengenai pemandu teksi yang mengantuk.

Wanita yang tidak mendedahkan nama sebenarnya itu menceritakan pengalaman dia mendapatkan perkhidmatan teksi pada pukul 3 pagi (waktu tempatan).

Dia mahu menggunakan perkhidmatan itu dari Pattaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Bangkok.

Namun, wanita berkenaan sebaliknya terpaksa memandu teksi itu kerana pemandunya tidur nyenyak di tempat duduk belakang kenderaan tersebut.

Menurut wanita itu, dia menyedari bahawa pemandu teksi yang datang menjemput dia dan rakannya kelihatan mengantuk.

Ini menyebabkan dia memutuskan untuk bertanya dengan sopan kepada pemandu tersebut sekiranya dia boleh mengambil alih pemanduan.
 

0/komen