Realme 12X 5G diperkenalkan secara rasminya di Malaysia. Ia telah ditambahbaik berbanding generasi sebelum bagi menjadikannya lebih menarik. Berikut dikongsikan spesifikasi penuh untuk peranti baharu Realme ini.
Peranti ini menggunakan skrin sejenis LCD FHD+ sebesar 6.72-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga dijana oleh cip MediaTek Dimensity 6100+ dengan gabungan memori 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman mencapai 256GB untuk tunjang utama. Sementara itu bateri 5000mAh digunakan pula menyokong pengecasan berwayar 15W.
Turut disertakan adalah kamera utama 50MP dan swafoto sebesar 8MP. Terdapat juga fungsi Dynamic Button yang terbina pada butang kuasa seperti Realme 12 5G. Selain peranti turut menyokong Mini Capsule 2.0 yang dioptimumkan dengan fungsi lebih baik dan kemampuan mengawal fungsi tertentu tanpa sentuhan melalui ciri khusus Air Gentures.
Lain-lain spesifikasi termasuk port USB-C, bicu audio 3.5mm, kalis air IP54 dan menjalankan Realme UI 5.0 berasaskan Android 14. Peranti ini dijual di Malaysia dengan harga permulaan RM899 (8/12GB) dan RM1099 (8/256GB) sebuah.
Catat Ulasan