Seluar Jean ‘Kesan Najis’ Dijual


Sebuah jenama fesyen mewah memperkenalkan rekaan seluar jean yang kelihatan seperti mempunyai kesan tompokan air kecil di bahagian hadapan.

Jordanluca mendedahkan rekaan dikenali sebagai Stain Stonewash Jeans itu di pentas peragaan semasa pertunjukan fesyen musim luruh/sejuk 2023.

Seluar jean tersebut mempunyai tompokan gelap di bahagian pangkal paha, seolah-olah memberi bayangan bahawa si pemakai tidak sengaja telah membuang air kecil.

Harga yang ditawarkan bagi koleksi tersebut adalah AS$811 (RM3,871). 

Rekaan basuhan ringan itu bagaimanapun dilaporkan telah habis dijual dengan menawarkan harga AS$608 (RM2,902).

Seluar tersebut menjadi perhatian ramai dengan netizen memberikan pelbagai komen.

Harganya terlalu mahal. Seseorang hanya perlu membuang air kecil di dalam seluar untuk mempunyai seluar seperti ini.

Anda bukan seseorang yang hebat melainkan anda membuang air kecil di dalam seluar.
 

0/komen