Sifat Munafiq


Firman Allah SWT:

وَتَرَىٰ كَثِيرٗا مِّنۡهُمۡ يُسَٰرِعُونَ فِي ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِ وَأَكۡلِهِمُ ٱلسُّحۡتَۚ لَبِئۡسَ مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ

Maksudnya: Engkau akan melihat kebanyakan daripada mereka bersegera dalam melakukan dosa dan permusuhan serta gemar memakan sesuatu yang haram. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan.

Surah Al-Ma'idah: Ayat 62

-  Jika sifat orang beriman ialah berlumba-lumba dalam perkara kebaikan, sifat orang Munafiq pula berlumba-lumba dalam perkara dosa dan permusuhan. Bukan itu sahaja, Allah juga menyatakan bahawa golongan Munafiq juga memakan yang haram.

- Abu Hayyan al-Andalusi menyebut bahawa kalimah "ترى" dalam ayat ini membawa dua kemungkinan iaitu kita dapat melihat dengan mata kepala sendiri atau kita dapat kesedaran berbentuk pengetahuan bahawa sifat Munafiq adalah begitu.

- Perkataan "الإثم" ditafsirkan sebagai penipuan dan kalimah "العدوان" pula ditafsirkan sebagai kezaliman.

- Cuba kita muhasabah diri kita, adakah ada cebisan dalam diri kita yang pernah atau ingin menghasut seseorang atau sesiapa supaya bergaduh dan bermusuh, jika ada maka kita ubah diri, jangan ikuti sifat Munafiq ini.


0/komen