Sunnah Yang Seringkali Kita Lupakan


Daripada Anas bin Malik RA berkata, Baginda ﷺ berkata kepadaku (sewaktu masih kecil):

‏"‏ يَا بُنَىَّ إِنْ قَدَرْتَ أَنْ تُصْبِحَ وَتُمْسِيَ لَيْسَ فِي قَلْبِكَ غِشٌّ لأَحَدٍ فَافْعَلْ ‏"‏ ‏.‏ ثُمَّ قَالَ لِي ‏"‏ يَا بُنَىَّ وَذَلِكَ مِنْ سُنَّتِي وَمَنْ أَحْيَا سُنَّتِي فَقَدْ أَحَبَّنِي ‏.‏ وَمَنْ أَحَبَّنِي كَانَ مَعِي فِي الْجَنَّةِ ‏"‏ ‏

Maksudnya: Wahai anakku, jika kamu berkuasa pada waktu pagi dan petang dengan tidak memiliki perasaan dalam hatimu ingin menipu (dengki) kepada seseorang, maka lakukanlah. Kemudian baginda berkata kepadaku: Wahai anakku, demikian itu adalah sunnahku, Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mencintaiku dan siapa yang menyintaiku, maka dia akan bersamaku di dalam syurga."

Riwayat at-Tirmizi (2678)

- Perkara yang selalu kita terlepas pandang adalah Menjaga Akhlak. Pada ia adalah sunnah yang paling utama.

- Oleh itu, janganlah kita mudah berburuk sangka kepada saudara kita, atau bertengkar atas hal agama, suka menuduh orang lain, menghina dan mencaci saudaranya yang lain, walhasil apa saja perbuatan buruk yang dilakukan kepada saudaranya (seagama). 

- Jika diteruskan kelakuan begini, masih belum cukup boleh dikatakan kita ini mengamalkan atau menghidupkan sunnah biarpun kita sering melakukan sunnah pada ibadah-ibadah lain, kerana kita sebenarnya sudah meluputkan keutamaan yang utama didahulukan sebelum ibadah-ibadah yang lain.

- “Umat Islam telah sepakat bahawa barang siapa sudah terjelas baginya Sunnah Rasulullah ﷺ maka dia tidak boleh meninggalkannya kerana mengambil pendapat orang lain.” - Imam al-Syafie.

 

0/komen