
Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan selepas gagal memintas sebuah teksi.
Sebelum kejadian, kedua-dua kenderaan saling menghimpit di lorong memotong sebuah lebuh raya empat lorong.
Kejadian berlaku di laluan East Coast Parkway (ECP) pada 19 April lalu
Berdasarkan video ini, sebuah teksi dipandu di lorong ketiga ECP sebelum secara tiba-tiba mengubah laluan memasuki lorong kedua dan berada di hadapan SUV jenama Toyota.
Pemandu SUV cuba memintas kembali teksi berkenaan dan memasuki lorong pertama, yang ketika itu turut dilalui sebuah kenderaan lain.
SUV dan teksi berkenaan kemudian dilihat saling menghimpit sebelum pemandu Toyota melanggar bahagian tepi teksi dan terbabas ke lorong paling kiri.
Pemandunya bagaimanapun berjaya mengawal kenderaan itu daripada menerima akibat lebih buruk, dengan hanya kedudukannya berpusing kepada arah melawan arus sebelum berhenti.
Teksi itu mengubah kedudukannya dari lorong ketiga kepada lorong pertama sekelip mata. Memang ada ramai pemandu teksi yang tidak memandu dalam satu lorong. Mereka sering memandu dalam dua lorong dan menukar lorong tanpa memberi isyarat.
Ego telah memburukkan situasi itu. Masing-masing enggan memberi laluan. Tahniah, tanggunglah ganti rugi.
Catat Ulasan