Tak Makan 4 Hari Demi Anak


Tindakan seorang ayah yang sanggup tidak makan selama empat hari demi anaknya yang menghidap penyakit leukemia tular di media sosial.

Si ayah dikenali sebagai Zainuddin itu dilihat menemani anak perempuannya yang sedang menikmati hidangan nasi ayam di sebuah restoran makanan segera.

Namun, dia tidak makan bersama kerana wang perbelanjaannya cukup untuk membeli satu set nasi ayam sahaja.

Lebih menyentuh perasaan apabila dia rela berlapar demi membahagiakan dan menunaikan segala permintaan anaknya yang sakit.


 

0/komen