Telan Gelang Emas


Seorang pencuri bertindak menelan gelang emas seberat antara dua hingga tiga gram demi melupuskan bahan bukti daripada polis.

Pegawai polis tempatan, Joni Rahmat berkata, keberadaan gelang emas itu dikesan selepas suspek  menjalani ujian X-Ray.

“Pegawai yang melakukan ujian X-Ray mengesahkan bahawa gelang emas tersebut berada di dalam perut suspek,” kata Joni. 

Pencuri berkenaan akhirnya berhasil mengeluarkan gelang emas itu selepas kali kedua membuang air besar.

“Alhamdulillah, gelang emas berjaya dikeluarkan pada hari Jumaat lalu sekitar jam 3 petang (waktu tempatan),” kata Joni.

Tindakan pelaku yang sanggup menelan bahan bukti itu menarik perhatian orang ramai. 

0/komen