Tetikus Dengan Butang Khas Untuk ChatGPT


Teknologi paling tular semasa ialah kecerdasan buatan (AI) dan platform yang paling dikenali ramai pastinya ChatGPT. Pada waktu ini untuk mengaksesnya anda perlu pergi ke laman web atau memasang aplikasinya pada telefon pintar. Untuk memudahkan proses ini, Logitech Signature AI Edition Mouse telah dilancarkan dengan butang khas untuk menyeru ChatGPT.

Dengan menekan butang ini, ChatGPT boleh diseru tidak kira di mana pengguna berada. Sebagai contoh mereka mungkin memerlukan bantuan ChatGPT untuk menulis kertas kerja. Tekan butang khas pada tetikus ini dan tingkap kecil ChatGPT akan muncul bagi memberikan bantuan.

Selain itu Logitech juga mengumumkan Logi AI Prompt Builder yang diakses menerusi perisian Logi Options+. Dengan perisian ini pengguna kelengkapan Logitech boleh memetakan satu butang pada tetikus atau papan kekunci untuk melancarkan ChatGPT. Produk yang disokong oleh Logi AI Prompt Builder ialah di bawah siri MX, Ergo, Signature, dan Studio.

Harga jualan untuk Logitech Signature AI Edition Mouse ialah $49.99 (~RM239) sebuah manakala perisian Logi AI Prompt Builder pula boleh dimuat turun percuma.


 

0/komen