TnG eWallet Dengan Kalkulator Tukaran Mata Wang



Aplikasi Touch ‘n Go eWallet  telah dikemaskini dengan ciri kalkulator penukaran mata wang. Ia diperkenalkan khusus untuk memudahkan pengguna kad prabayar Visa TnG ketika berada di luar negara. Ciri ini dikatakan akan membantu pengguna memantau perbelanjaan dan melakukan kiraan untuk setiap transaksi di luar negara.

Ciri ini turut membenarkan pengguna memilih lima mata wang kegemaran untuk akses pantas. Kalkulator penukaran mata wang dalam aplikasi TnG eWallet menggunakan kadar penukaran indikatif, iaitu secara terus. Kadar sebenar diambil kira pada masa transaksi. Tiada caj penukaran mata wang dikenakan, tetapi di dalam Lembaran Pendedahan Produk yang tersedia pada aplikasi TnG setiap transaksi akan dikenakan caj sebanyak 1%.


Ini bermakna, jika anda ke Amerika Syarikat dan berbelanja sebanyak $10 aplikasi akan memaparkan penukaran ke RM47.78. Tetapi jumlah yang ditolak dari akaun adalah RM48.26. 

0/komen