Tulis Lafaz Nikah Di Tangan


Seorang lelaki menulis lafaz akad nikah di tangan kerana bimbang dia akan hilang tumpuan kerana gugup ketika melangsungkan majlis pernikahannya.

Pengantin lelaki duduk sambil berdoa dan terlihat cacatan di tangannya ketika kedua-dua  tangannya diangkat. 

Di sebelah tangannya terdapat catatan ‘saya terima nikahnya…’ iaitu bacaan lafaz akad nikah sekiranya  dia terlupa. Idea  lelaki itu membuatkan netizen menggelengkan kepala. 

Bagaimanapun, sebilangan netizen berkata, lafaz akad nikah yang panjang beserta nama pasangan mungkin menyukarkan pengantin lelaki itu menghafalnya.

Situasi itu menjadi lebih buruk ekoran rasa gementar yang dihadapi setiap pengantin lelaki  apabila berdepan bakal bapa mertua semasa upacara akad nikah
 

0/komen