Utamakan ‘Selfie’


Dua mangsa kemalangan kereta di Mexico mengundang rasa ingin tahu orang ramai kerana merakam swafoto berhampiran kenderaan mereka yang terbalik.

Kemalangan itu berlaku di kejiranan Lomas Del Mirador,Cuernavaca pada Sabtu lalu.

Dua daripada lima wanita yang dilaporkan berada di dalam kereta itu mengalami kecederaan.

Ketika masih bergelut selepas kemalangan berlaku, seorang wanita berlumuran darah mengambil telefon bimbitnya dan berswafoto bersama rakannya yang juga cedera.

Selepas polis tiba untuk membantu mengalihkan mangsa kemalangan sambil menunggu bantuan perubatan tiba, mereka sekali lagi merakam  swafoto.

Wanita itu tetap bergambar meskipun salah seorang daripada mereka hampir tidak boleh berjalan dan terpaksa dipapah oleh anggota  polis.

Kedua-dua wanita itu kemudian dihantar ke hospital berdekatan. 
 

0/komen