Vivo telah melancarkan peranti baharu V30e untuk pasaran Malaysia . Ia merupakan peranti kelas pertengahan dengan dengan fokus utama terhadap reka bentuk elegan, sistem kamera dan bateri berkapasiti besar. Seterusnya mampu menyediakan pengguna dengan pilihan peranti yang lebih luas.
Peranti ini mempunyai bonggol kamera berbentuk bulat di belakang dengan ciri aura light. Tubuh pula sepenuhnya melengkung dengan panel hadapan pula dilengkapi lubang kecil untuk kamera swafoto. Sebanyak dua pilihan warna diberikan iaitu Sky Mirror dan Coco Brown.
Skrin adalah beresolusi FHD+ sebesar 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 6 Gen 1, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB sebagai tunjang utama. Diikuti juga kamera utama 50MP (Sony IMX882) + 8MP (ultra-lebar) dan swafoto sebesar 32MP HD
Bateri 5,500mAh disertakan pula boleh dicas semula melalui port USB-C dan pengecasan pantas 44W. Dalam masa sama peranti turut mempunyai pengimbas cap jari dalam skrin, kalis air IP64, NFC dan menjalankan FunTouch OS 14 (berasaskan Android 14).
Peranti ini dijual pada harga RM1,399 sebuah dan pratempah boleh dibuat melalui pengedar sah Vivo di seluruh Malaysia sama ada secara dalam atau luar talian.
Catat Ulasan