15 Pelanggan Cabut Lari Lepas Makan


Seorang pemilik restoran mendakwa mengalami kerugian sebanyak 829 ribu rupiah (RM238.69) apabila sekumpulan pelanggan yang makan di kedainya ‘cabut lari’.

Pemilik restoran itu menunjukkan pesanan yang dibuat oleh 15 pelanggan terbabit. 

“Rombongan 15 orang makan lalu melarikan diri dari restoran tanpa membuat pembayaran." 

“Itu meja mereka, ini pesanan mereka. Sudah kosong tidak ada orangnya,” kata pemilik itu. 

Dia juga menyatakan bahawa pesanan mereka berjumlah 829 ribu rupiah (RM238.69). 

Kejadian berlaku di sebuah restoran di Rangkapan Jaya, Kota Depok di wilayah Jawa Barat. 

Bagaimanapun, beberapa wakil daripada kumpulan yang ‘cabut lari’ itu kembali membuat pembayaran selepas rakaman itu tular. 
 

0/komen