Seorang wanita menunggang sebuah motosikal secara berbahaya dan melanggar peraturan lalu lintas.
Menerusi rakaman ini, penunggang tersebut dilihat membawa lima pembonceng yang merupakan pelajar sekolah.
Lebih parah, keenam-enam mereka tidak memakai topi keledar ketika melalui jalan raya yang sibuk.
Kejadian berlaku di Jalan Veteran, Kota Makassar dalam wilayah Sulawesi Selatan.
Rakaman ini turut menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki yang duduk di bahagian depan motosikal tersebut.
Pihak polis sedang menjalankan siasatan ke atas wanita tersebut.
Catat Ulasan