ASUS Vivobook S 15 Di Perkenalkan

ASUS Vivobook S 15, komputer riba ini dikuasakan oleh pilihan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon X Elite dan Snapdragon X Plus dengan pilihan memori LPDDR5X sehingga 32GB dan juga storan SSD PCIe Gen4 sebesar 1TB.

Ia tampil dengan paparan skrin ASUS Lumina OLED bersaiz 15.6 inci dengan resolusi 2880×1620 dan kadar segar semula 120Hz. Ia juga tampil dengan kebolehan mengolah 100 peratus gamut warna DCI-P3, mempunyai nilai kecerahan 600 nit dan menyokong teknologi DisplayHDR True Black 600 dengan nilai kecerahan 600 nit.

Sebagai sebuah komputer riba yang memfokuskan kepada penggunaan teknologi AI, Vivobook S 15 tampil dengan sejumlah teknologi AI terbina, termasuklah Windows Studio Effects, kamera ASUS AiSense IR yang dapat mengesan kecerahan pencahayaan sekeliling untuk mengurangkan ataupun meningkatkan kecerahan paparan dan Adaptive Lock, yang akan mengunci profil pengguna apabila mereka bergerak meninggalkan komputer, dan menyahkuncinya secara automatik apabila pengguna kembali menggunakannya.

Vivobook S15 mempunyai dua palam USB 3.2 Type-A, dua palam USB 4 Type-C, satu palam HDMI 2.1 TMDS, satu palam audio 3.5mm dan satu pembaca kad MicroSD.

Sebagai sebuah komputer mudah alih nipis dan ringan, komputer riba ini juga hadir dengan bateri bersaiz 70Wh yang mana ASUS mengatakan bahawa ia hadir dengan jangka hayat selama 18 jam dengan satu pengecasan penuh. Ia juga menyokong teknologi internet nirwayar WiFi 7 yang terbaru.

Dalam pada itu, ASUS Vivobook S 15 juga hadir dengan rekaan nipis sekitar 14.7mm apabila paparan ditutup, dan mempunyai berat 1.47kg sahaja, yang membolehkannya dibawa kemana-mana dengan mudah.

ASUS Malaysia juga telah mengesahkan bahawa ASUS Vivobook S 15 ini akan tiba di pasaran tempatan sekitar suku ketiga tahun ini.
 

0/komen