Bangkai Ular Kecil Dalam Kari


 
Seekor bangkai ular kecil ditemui dalam masakan kari untuk pelajar sebuah kolej kejuruteraan di negeri Bihar, India.

Ia mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 kes keracunan makanan di pusat pengajian tinggi itu. 

Seorang pengguna, Rishi Singh menulis di platform media sosial yang berbunyi: “Seekor ular mati ditemui dalam makanan di kolej kejuruteraan Bihar. Sejurus selepas makan makanan tersebut, pelajar mengalami muntah dan loya. Walaupun selepas lawatan pihak berkuasa tempatan dilakukan, tiada tindakan sewajarnya yang diambil.”

Pelajar kolej itu menyatakan bahawa banyak kejadian serangga ditemui dalam makanan tetapi ia diabaikan oleh pentadbiran kolej. 

0/komen