Sebuah kafe kopi di Hanoi menerima sambutan pelanggan yang luar biasa sehingga ramai yang sanggup beratur seawal pukul 4 pagi (waktu tempatan).
Malah, ada golongan muda yang membawa alat solek sejak tengah malam ketika beratur untuk menikmati kopi dan teh susu di premis yang terletak di daerah Hoan Kiem itu.
Kedai itu memanjangkan waktu operasinya kepada pukul 4 pagi hingga 11 malam (waktu tempatan) sebagai tindak balas kepada permintaan pelanggan yang semakin meningkat.
Perubahan itu secara tidak langsung telah menarik minat ramai golongan muda.
Tinjauan di kafe tersebut pada pukul 3.40 pagi (waktu tempatan) Jumaat lalu, iaitu 20 minit sebelum premis dibuka mendapati, ramai anak muda sudah mula beratur di hadapan kedai itu.
Seorang pengunjung, Tran Thi Nguyet, 20, berkata, apabila mendapat tahu daripada media sosial mengenai kedai kopi dan teh susu yang dibuka pada pukul 4 pagi (waktu tempatan), dia mengajak rakan-rakan untuk menyertainya.
“Kami melihat video di internet yang mempamerkan suasana menakjubkan kafe ini, ia mendorong kami untuk datang,” katanya.
Catat Ulasan