![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhPnOZPKyzCxsfTujsdb7agWpqPGhnu3OqjqVP2Mxees5H9It4ZQVR5UTV5V4EKNyZX9D-shAAB4Iuuoz5Wt2ptTNWmzNYx9UpGCKDt6e4sUzU-XCrvMjQygPeuVyABaM_prNQXoFjo7efIb0zv2YnjpbJ5hdG_hLpc65LleClz8i6VnqmZG2OXYpY1QLo/w640-h426/2.jpg)
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, sabda Nabi ﷺ:
إِنَّ الرَّجُلَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ لَا يَرَى بِهَا بَأْسًا، يَهْوِي بِهَا سَبْعِينَ خَرِيفًا فِي النَّارِ
Maksudnya: “Sesungguhnya seseorang terkadang berbicara dengan kata-kata yang dia sangkakan tidak mengapa, lalu (tanpa diduga) dia terjerumus dengan sebabnya ke dalam neraka (yang kedalamannya) sejauh perjalanan tujuh puluh tahun.”
Riwayat al-Tirmizi (2314)
- Dalam menyampaikan berita, seseorang itu mesti bertanggungjawab dalam segala ucapan dan penyampaiannya.
- Oleh itu seharusnya berhati-hati dalam setiap aspek yang dilakukannya. Hal ini kerana Allah SWT memandang berat terhadap perbuatan ini dan Nabi ﷺ memperingati umatnya supaya berhati-hati di dalam menyampaikan sesuatu berita.
Catat Ulasan