
Seorang wanita di Indonesia mengaku mempunyai ‘koleksi’ suami yang ramai.
Wanita dikenali sebagai Mbah Siti itu berkata, dia mempunyai kira-kira 50 suami tetapi jumlah itu masih kurang dan belum mencapai jumlah yang disasarkannya.
Dia juga mempunyai keinginan untuk berkahwin sebanyak 100 kali.
Mbah Siti berkata, dia terpaksa menjalinkan hubungan jarak jauh bersama suami-suaminya kerana tinggal berjauhan.
Lebih mengejutkan apabila suaminya akan datang jika mereka dipanggil untuk ke rumahnya.
“Saya akan memanggil seramai lima orang, pada setiap minggu,” kata Mbah Siti.
Namun begitu seorang pengguna laman sosial , Gus Syafaat menjelaskan bahawa ianya hanyalah sebagai konten semata-mata.
Ia merupakan kejadian yang tidak nyata dan tidak wujud.
Catat Ulasan