Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun menjadi perhatian ramai selepas berjaya melaksanakan ibadah korban menggunakan wang simpanan sendiri.
Kanak-kanak tersebut bernama Mirza dan berasal dari Bangkalan, wilayah Jawa Timur.
Menurut Mirza, dia menyimpan sebanyak 5,000 rupiah (RM1.44) pada setiap hari.
“Saya dinasihati oleh ibu dan bapa untuk menabung jika mahu melaksanakan ibadah korban."
“Setiap hari, saya menyimpan sejumlah wang perbelanjaan sekolah dan sekolah agama sebanyak 5,000 rupiah (RM1.44) untuk tabung korban,” tambahnya.
Mirza membeli seekor kambing untuk dijadikan korban pada sambutan Aidiladha baru-baru ini.
Catat Ulasan