Cahaya Misteri Di Banjaran Himalaya


Empat jaluran cahaya yang terang  di Banjaran Himalaya di  antara Bhutan dan China berjaya dirakam pada minggu lalu.

Kamera khas berkelajuan tinggi milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berjaya merakamkan empat cahaya terang itu.

Cahaya itu sukar dirakamkan kerana  terpancar selama beberapa milisaat sahaja.

Cahaya itu atau dikenali sebagai ‘gigantic jet’ ialah sejenis kilat atmosfera yang berlaku di mesosfera, pada ketinggian  kira-kira 50 hingga 90 kilometer di atas permukaan Bumi.

“Jaluran cahaya gergasi itu adalah sejenis kilat yang berlaku di antara beberapa ribut petir dan ionosfera Bumi,” kata NASA. 
 

0/komen