Dua penunggang motosikal menjadi mangsa kemalangan gara-gara kecuaian seorang pemandu kereta yang tidak menarik brek tangan sehingga kenderaannya mengundur.
Kejadian dipercayai berlaku di hadapan sebuah pusat servis kenderaan di Balakong, dekat sini.
Menerusi klip video ini, kelihatan sebuah kereta berwarna putih telah masuk ke premis tersebut dan kemudiannya dilihat mengundur dengan pintu di sebelah pemandu tidak ditutup.
Kenderaan itu mengundur dari kawasan parkir sehingga ke tengah jalan di hadapan pusat servis tersebut.
Ketika kereta itu mengundur, dua buah motosikal gagal mengelak lalu merempuh kenderaan yang dipercayai tiada pemandu itu.
Bagaimanapun, tidak diketahui keadaan kedua-dua penunggang tersebut sama ada cedera parah atau sebaliknya.
Ramai menyelar tindakan pemandu kereta tersebut yang tidak menarik brek tangan ketika berhenti dan parkir.
Apa yang kelam kabut sangat, handbrake tak tarik, orang lain jadi mangsa,.Lesen beli ke macam mana..
Catat Ulasan