Great Wall Motor Melancarkan Motosikal


Great Wall Motor (GWM) sudah lama bertapak di Malaysia dan mempunyai reputasi sebagai pengeluar kereta. Tetapi kini memasuki pula arena motosikal selepas melancarkan GWM Souo S 2000 ST yang dilengkapi enjin 2 liter 8 silinder dalam konfigurasi boxer serta sistem hiburan yang menggunakan cip Snapdragon.

Souo S 2000 ST bolehlah dilihat sebagai jawapan China kepada Honda Gold Wing yang menjadi standard untuk motosikal kuasa besar yang direka untuk melakukan perjalanan jauh dengan selesa. Enjin 2L 8 silinder boxer memastikan penunggang juga tidak perlu risau mengenai kuasa memecut tetapi pada waktu yang sama motosikal ini stabil.

Rekaan dikatakan mengambil inspirasi daripada kepala kostum tarian singa. Kerusi serta bahagian pemegang dilengkapi sistem pemanas untuk tunggangan ketika musim sejuk. Terdapat juga sistem amaran titik buta, kawalan suai pandu dan sistem navigasi terbina.


Skrin LCD digunakan untuk memaparkan maklumat pemanduan secara digital sepenuhnya. Sistem infohibur pula hadir dengan lapan speaker dengan ia menggunakan cip Snapdragon untuk memberikan beberapa fungsi pintar. Model cip yang digunakan tidak pula dinyatakan oleh GWM.

Tidak diketahui bilakan GWM Souo S 2000 ST akan dijual serta harganya


0/komen