Guna Bom Tangan Disangka Tukul


Seorang nenek menggunakan bom tangan sebagai penukul selama 20 tahun.

Nenek yang kini berusia 90 tahun itu  menemui bom tangan tersebut ketika bekerja di kebunnya di Hubei, China.

Wanita itu menyangka bom tangan tersebut ialah sebuah penukul berdasarkan reka bentuknya .

Bagaimanapun,  pada 23 Jun lalu, pekerja-pekerja  yang ditugaskan untuk merobohkan rumahnya menemui bom tangan yang telah digunakan nenek tersebut sebagai alat penukul.

Mereka  kemudian menghubungi pihak berkuasa, menyebabkan unit pemusnah bom dihantar ke lokasi kejadian.

Bom tangan itu adalah  jenis Type 67.Terdapat spekulasi di internet  bahawa bom tangan itu mungkin digunakan untuk tujuan latihan dan tidak mengandungi bahan letupan.

Namun, apa yang penting ialah nenek itu selamat dan tidak menjadi korban bom tangan tersebut. 
 

0/komen