Infinix GTBook Diumumkan


Infinix telah melancarkan komputer riba gaming pertama mereka yang dikenali sebagai GT Book. Ia menampilkan rekaan Cyber Mecha yang kebiasaannya boleh ditemui pada rangkaian telefon pintar siri GT. Selain turut mempunyai sokongan lampu LED yang boleh disesuaikan dengan empat mod khusus di belakang kompute riba. Papan kekunci komputer riba juga dilengkapi dengan sistem lampu LED tersendiri yang boleh diubah dengan enam mod berbeza dan lebih 500 pilihan warna.


 GT Book mempunyai paparan FHD sebesar 16-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga menawarkan nisbah aspek 16:10 dengan keupayaan kecerahan puncak 300nits. Tunjang utama pula dikuasai oleh pemproses sehingga Intel Core i9–13900H dan sehingga GPU NVIDIA GeForce RTX 4060 bersama teknologi DLSS 3.5. Diikuti juga pilihan memori sehingga 32GB LPDDR5x RAM dan storan mencapai 1TB PCIe SSD sebagai pelengkap.


Ciri-ciri lain yang ada pada peranti juga adalah bateri 70Wh yang menyokong pengecasan 190W. Selain itu fungsi GT Control Center diberikan yang membolehkan pengguna mengoptimumkan prestasi melalui kekunci khusus. Selain turut mempunyai pembesar suara stereo DTS, kamera web 2MP dan menjalankan Windows 11 Home. Pilihan sambungan disediakan termasuk Wi-Fi 6E, bluetooth 5.2, 1x USB 3.2 Gen2, 1x USB 3.2 Gen1 dan port 1x HDMI 2.0.

Infinix GT Book boleh didapati dalam warna kelabu dengan harga permulaan Rs. 99,990 (~RM3,380).

0/komen