Larangan Berpuasa Pada Hari Tasyrik


Rasulullah SAW bersabda:

 أَيَّامُ التَّشْرِيقِ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ

Maksudnya: "Hari Tasyrik adalah hari untuk makan dan minum."

Riwayat Muslim (1141)

Hari Tasyrik adalah pada 11-13 Zulhijjah. Selepas menyambut Hari Raya Aidil Adha, umat Islam dilarang untuk berpuasa pada tarikh-tarikh ini.

Hari Tasyrik merupakan hari raya bagi orang berhaji. Hari-hari Tasyrik adalah penanda ibadah para jemaah haji telah selesai melakukan wukuf, jamarat dan tahalul.

Mengapa Dilarang Berpuasa Pada Hari Tasyrik?

Daripada Imam Muslim dalam sahihnya, daripada Nabi S.A.W yang bermaksud:

‘’Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan minum juga hari mengingati ALLAH S.W.T.’’

Jadi pada hari-hari ini umat Islam digalakkan untuk makan dan minum juga memperingati Allah S.W.T.

Jika ingin berpuasa, dianjurkan dilaksanakan pada Hari Arafah atau Hari Wukuf,  9 Zulhijjah . Mengikut kalendar masihi, umat Islam boleh berpuasa pada Hari Arafah .

Hadis Uqbah bin ‘Amir bahawa Nabi SAW bersabda,

يَوْمُ عَرَفَةَ وَيَوْمُ النَّحْرِ وَأَيَّامُ التَّشْرِيقِ عِيدُنَا أَهْلَ الْإِسْلَامِ وَهُنَّ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ

Maksudnya:” Hari Arafah, Hari Raya Korban, dan hari tasyrik adalah kesemuanya hari raya bagi umat Islam, ia merupakan hari makan dan minum.”

Riwayat al-Tirmizi (773),Abu Daud (2419), al-Nasaie (3004), Imam Ahmad (17379) di dalam Musnad


0/komen