LG Stylish Artcool Air Conditioner Di Malaysia


Electronics (LG) melancarkan barisan penghawa dingin terbarunya Artcool Air Conditioner untuk pasaran Malaysia. Ia mengetengahkan inovasi dan teknologi yang mampu menyediakan penggunaan penghawa dingin terbaik. Pada masa sama dapat memberikan pengalaman lebih menguntungkan secara berterusan kepada pengguna.


Sebanyak empat model disediakan iaitu 1.0HP dengan kapasiti penyejukan sebanyak 9,200 BTU/h, diikuti dengan 1.5HP (12,000 BTU/h), 2.0HP (18,000 BTU/h) dan 2.5HP (21,500 BTU/h). Kesemuanya juga didatangkan dengan teknologi Dual Inverter Compressor yang didakwa mampu menjimatkan 70% penggunaan tenaga dan 40% penyejukan lebih cepat berbanding penghawa dingin biasa. Selain turut menggunakan gas penyejuk R32 yang mesra alam dan salutan Gold Fin untuk memastikan permukaan lebih tahan terhadap kakisan (karat).


Selain itu LG juga menyertakan teknologi Plasmaster Ionizer++ yang dapat mencegah bakteria, hama dan bauan busuk yang lain. Sekaligus mampu bantu mengurangkan risiko jangkitan penyakit. Dengan Sleep Mode terbina pula membolehkan suhu dikawal dengan baik sesuai untuk mendapatkan tidur yang nyenyak. Tetapan juga boleh dibuat dan dikawal dengan mudah pada bila-bila masa dengan aplikasi aplikasi LG ThinQ di telefon pintar.


Sokongan paparan LED yang menunjukkan suhu yang disertakan juga menjadikan penghawa dingin ini kelihatan lebih moden dan menarik. Bagi yang berminat Artcool Air Conditioner dijual di Malaysia pada harga bermula RM2,649 (1.0HP), RM3,249 (1.5HP), RM5,199 (2.0HP) dan RM5,899 (2.5HP) dengan pilihan variasi Mirror atau Green.

0/komen