Monolit Misteri


Sebuah monolit misteri yang memiliki struktur berkilat ditemui di sebuah gurun di utara Las Vegas, sekali gus mengundang perhatian orang ramai.

Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas berkata, bongkah keluli berkenaan adalah serupa dengan yang ditemui di negeri Utah pada tahun lalu.

Objek itu dikesan oleh unit mencari dan menyelamat berhampiran puncak Gass Peak pada hujung minggu lalu. 

“Kami melihat banyak perkara pelik berlaku ketika orang ramai pergi mendaki, namun lihatlah ini (perkara pelik)!” kata polis.

Penemuan itu berlaku beberapa bulan selepas seorang pejalan kaki di Wales, England merakam sebuah monolit misteri yang disifatkan menyerupai objek terbang tidak dikenali (UFO) di atas lereng bukit.

Pelbagai versi monolit seumpama itu turut dikesan di Belgium, Romania dan Isle of Wight, iaitu sebuah pulau di Selat Inggeris.

Namun setakat ini, tiada sebarang maklumat lanjut atau penjelasan rasmi mengenai objek misteri tersebut. 
 

0/komen