Motosikal Kuasa Tinggi Tunjuk Aksi ‘Wheelie


Perbuatan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi melakukan aksi berbahaya dikenali sebagai ‘wheelie’ di sebuah lebuh raya dikecam netizen selepas video mengenainya tular di media sosial.

Kejadian itu berlaku di sebuah lebuh raya di Pattaya yang melarang kenderaan motosikal.


Ramai netizen tidak bersetuju dengan perbuatan penunggang itu kerana boleh  membahayakan pengguna lebuh raya lain.

Mereka meminta penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat untuk mengelakkan kejadian serupa daripada berulang.

Pihak berkuasa turut digesa menyiasat kejadian itu dan mengenal pasti identiti penunggang motosikal terbabit. 


0/komen