Partikel Plastik Dalam Testis Manusia Dan Anjing


Penyelidik dari University of New Mexico kini melaporkan pula penemuan partikel plastik (mikroplastik) di dalam testis manusia dan anjing.

Sebanyak 12 jenis mikroplastik ditemukan dalam kesemua sampel testis manusia dan anjing yang diuji. Sampel diambil daripada organ yang dibedah siasat sejak 7 tahun lalu dan juga testis anjing yang dimandulkan. Lebih banyak mikroplastik ditemukan pada testis manusia berbanding anjing. Malahan pada testis manusia ianya tiga kali ganda lebih banyak berbanding yang ditemukan pada plasenta manusia.

Kenapa testis anjing dikaji? Ini adalah bagi melihat impak mikroplastik ke atas haiwan lain. Anjing ialah antara haiwan yang berinteraksi serta tinggal rapat dengan manusia.
Apakah impak mikroplastik kepada tubuh manusia masih belum diketahui sepenuhnya. Terdapat hipotesis ia mengakibatkan peningkatan kes kanser dan dalam kes testis ini pula menyebabkan pengurangan jumlah sperma pada manusia.

 

0/komen