‘Pintu Ke Neraka’


Sebuah kawah gergasi dikenali sebagai ‘Pintu ke Neraka’ yang terletak di Siberia menjadi semakin besar akibat impak perubahan iklim, demikian menurut sekumpulan saintis.

Di namakan Kawah Batagaika, lubang  yang terletak di Tanah Tinggi Yana itu kini meliputi kawasan seluas 80.93 hektar. Kawah itu turut boleh dilihat menerusi rakaman satelit  dari angkasa lepas.

Gambar Batagaika pertama kali dirakam pada tahun 1991. Namun, kawah itu menjadi semakin  besar dan lebih dalam kerana pemanasan global yang menyebabkan kecairan kawasan diliputi ais.

Dalam kajian baharu diterbitkan dalam jurnal Geomorphology, saintis glasier, Alexander Kizyakov bersama pasukannya menggunakan data  yang diperoleh pada 2019 hingga 2023 untuk mencipta paparan 3 Dimensi (3D) tentang kelajuan kecairan kawasan ais itu ataupun dikenali sebagai permafrost.

Mereka mendapati Kawah Batagaika memiliki kedalaman 91.4 meter dan berpotensi menjadi lebih dalam kerana pencairan permafrost hampir mencapai batuan dasar di bahagian bawahnya.
 

0/komen