Pocong Mengintai


Seorang wartawan di Kota Batu, wilayah Jawa Timur berkongsi  gambar memaparkan penampakan lembaga dipercayai pocong sedang mengintai di luar rumahnya.Gambar itu dirakam secara tidak sengaja.

Wartawan bernama Agus Adianto itu berkata,  kejadian berlaku pada waktu tengah malam Sabtu lalu. Ketika itu,  dia sedang merakam gambar anaknya tidur di ruang tamu.

“Awalnya, saya tidak menyangka gambar ini  akan mempunyai susuk pocong di luar rumah. Selepas saya bertanyakan  jiran-jiran, mereka berkata bahawa penampakan itu kerap berlaku,” katanya.

Tambah Agus, sebelum gambar itu  dirakam, anak sulungnya ada  mengadu menghidu bau busuk yang menusuk hidung.

“Waktu kejadian sekitar pukul 12.30 tengah malam (waktu tempatan). Anak saya sedang memasak mi segera di dapur dan  tiba-tiba tercium bau menusuk hidung."

“Tidak lama kemudian, kami ada terdengar bunyi ‘duk-duk’, namun tidak menghiraukan hal itu,” ujarnya.

Tambah Agus, dia dan keluarganya tidak mempunyai masalah dengan gambar tersebut.

“Sebagai  orang Islam dan percaya akan kewujudan makhluk halus, kita tidak perlu takut kerana darjat kita lebih tinggi daripadanya,” ujarnya.
 

0/komen