Polis Diseret Lembu Korban


Seekor lembu korban mengamuk dan berlari sebelum disembelih semasa sambutan Aidiladha baru-baru ini.

Kejadian berlaku di Lapangan Bola Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Dharmasraya pada Isnin lalu.

Seorang pegawai polis dilihat memegang tali yang diikat pada haiwan tersebut sambil badannya diseret di atas tanah.

Lebih melucukan adalah dirinya diseret beberapa meter ketika lembu itu berlari, sebelum dibantu oleh pegawai polis yang lain. 

“Semasa hendak membawa lembu itu untuk disembelih, ia tiba-tiba mengamuk dan saya terus menahan talinya supaya ia berhenti berlari. Namun, akhirnya saya yang diseret,” kata pegawai polis itu.

Bagaimanapun, haiwan itu berjaya ditangkap selepas talinya dipegang secara beramai-ramai oleh pegawai polis yang lain. 

 

0/komen