Sifat Rendah Diri Dan Menyandarkan Kebaikan Kepada Allah.


Firman Allah SWT:

قَالَ هَٰذَا رَحۡمَةٞ مِّن رَّبِّيۖ فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ رَبِّي جَعَلَهُۥ دَكَّآءَۖ وَكَانَ وَعۡدُ رَبِّي حَقّٗا

 (Setelah itu) berkatalah Zulqarnain: «Ini ialah suatu rahmat daripada Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar».

 Surah al-Kahf: Ayat 98

- Apabila Dzulqarnain berjaya membuat tembok untuk menghalang Ya’juj Ma’juj dari mengacau kaum di sebalik bukit, dia tidak mendabik dada. Malah berkata : “Ini adalah rahmat dari Tuhanku”.

- Anjuran ini sangatlah baik untuk kita kerana mengajarkan diri sifat rendah diri dan menyandarkan kebaikan kepada Allah.

- Apabila kita ada sikap ini, tidaklah kita mendabik dada lalu merasakan kita lebih hebat dari sesiapa pun.


0/komen