Sonos mengumumkan pembesar suara mudah alih baharu Roam 2 yang menawarkan sambungan bluetooth yang lebih mudah. Roam 2 kini membolehkan pengguna membuat sambungan ke telefon pintar atau peranti lain melalui bluetooth secara terus. Selain turut mempunyai butang sambungan khusus di bahagian belakang yang memudahkan lagi proses. Konsep itu nampaknya berbeza dengan generasi sebelum ini bila mana pengguna perlu menggunakannya secara berangkai melalui WiFi dan bluetooth.
Roam 2 masih mengekalkan rekaan kompak yang sama seperti model sebelum cuma logo di bahagian hadapan kini mempunyai warna yang serupa dengan pembesar suara. Secara tidak langsung menjadikan Roam 2 nampak lebih minimalis dan kemas. Ia juga menggabungkan woofer dan tweeter dalam satu bahagian bagi menghasilkan kualiti bunyi yang bagus.
Menerusi sistem TruePlay pula, bunyi yang dikeluarkan oleh Roam 2 akan berubah mengikut posisi ia diletakkan dan kawasan sekitarnya sama. Selain terdapat juga sokongan AirPlay2 untuk pengguna Apple dan keupayaan untuk berkongsi audio merentasi seluruh ekosistem Sonos.
Catat Ulasan